????✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH ✨????
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ????
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini bertujuan menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW serta menghayati akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah. Semoga program ini dapat menjadi wadah untuk membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan. ????
???? “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21
Terima kasih dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam, para guru serta semua murid atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
Galeri Gambar :
https://photos.app.goo.gl/gjUo5WExoR56HTqr8