• Main
  • News

12 Oktober 2026 (isnin)

12 Oktober 2026 (isnin)

12 OKTOBER 2026 (ISNIN)

Buli bukanlah gurauan

Buli adalah jenayah!!!

Katakan tidak kepada buli....

Sekolah adalah tempat untuk menyemai sikap saling hormat-menghormati, sayang -menyayangi serta persekitaran yang selamat, ceria dan selesa untuk murid belajar dan mengejar impian hidup masing-masing..

Melalui Program Kerangka Antibuli Untuk Pemerkasaan / School Anti-bullying Framework For Empowerment (SAFE), Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memperkasakan persekitaran sekolah yang selamat dan sejahtera untuk semua murid.

Program ini dijalankan secara holistik dan menyeluruh melalui 3 teras yang utama iaitu:-

1. Amalan Sekolah Penyayang (6S) iaitu memupuk budaya Senyum, Salam, Sapa, Sopan, Santun dan Sayang.
2.Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) iaitu pembudayaan "Kitakan Sahabat" sebagai sokongan sesama rakan.
3.Kaunseling Berfokus iaitu intervensi awal serta bimbingan yang berterusan..

Justeru Taklimat Khas Program Antibuli : School Anti-bullying Framework For Empowerment (SAFE)
oleh PK HEM pada 12 Oktober 2026 telah dijalankan yang bermatlamat untuk membolehkan murid mengetahui :-

1.Program Antibuli (SAFE)
2.Jenis-jenis buli,punca dan kesan negatif kepada mangsa buli.
2.Penerangan mengenai Tribunal Antibuli
3.Cara-cara untuk mencegah, melapor dan menghentikan perbuatan buli.
3.Laungan Slogan Antibuli.

#SAFE
#KPM
#buliAdalahJenayah
#katakanTidakKepadaBuli


About Us