
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sempena sambutan Hari Guru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas dedikasi, komitmen, dan kasih sayang yang tidak ternilai dalam mendidik anak-anak bangsa.
Guru adalah tulang belakang kejayaan sesebuah institusi pendidikan. Tanpa usaha gigih, kesabaran, dan semangat kalian, mustahil untuk kita melahirkan generasi yang cemerlang, berakhlak dan berwawasan.
Teruskan menyemai ilmu dengan ikhlas dan berjiwa besar. Semoga segala amal bakti diberkati dan diberikan ganjaran setimpal oleh Allah SWT.
Selamat Hari Guru – “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”
Ikhlas daripada,
En. Saufi Bin Mat Kahar
Pengetua
SMK AIR MOLEK